Sunday, 2 October 2011

Ayat Untuk Melembutkan Hati Pasangan.

Assalamualaikum...
Ok, entri ni bukan nak bagi ayat pengasih ke ape ye..
Ni cara yang diajar menggunakan ayat-ayat Al-Quran
Untuk orang yang dah kawen, nak lembutkan hati suami, nak lembutkan hati anak,
tapi takde salahnya kalau kita nak amal, kan sebab ini ayat al-quran.
(ada jugak orang cuba/amalkan dalam bab-bab nak cari jodoh,
supaya bf/gf/tunang/ lembut hati kepadanya...)

Ayat-ayat pelembut hati ni dibaca selepas solat sebanyak 3-7 kali. Bayangkan wajahnya dan niatkan supaya hati dia terang dan lembut untuk kita.

1. Surah Al-Fatihah: Ayat 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita.

Maksudnya: 1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2.Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. 3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 4.Yang menguasai hari pembalasan. 5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. 6.Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. 7.(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. 



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Surah Ali Imran: Ayat 31
Supaya dia kasihkan kita.

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Surah Yusuf: Ayat 4
Supaya mengikut kata
 Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf (a.s) berkata kepada ayahnya "Wahai ayahku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan yang kelihatan semuanya sujud kepadaku"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Surah Taha: Ayat 39
Supaya hatinya lembut untuk kita
Maksudnya: Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKU, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu


sumber:1 2 3 4


Semoga Allah memaqbulkan doa kita... Amin... 




p/s: kalau ada mana-mana yang silap, sila la tegur ye. Insyaallah, nanti saye betulkan.

12 comments:

moon said...

ayat spy dpt psngn pe plak..hehe

Lady Jaja said...

ayat untuk dpt psngn ye.. nnt owg cari.. hehehe..

Anonymous said...

kyra nk jgak..huhuhu krana syg..
(online dlm klas huhu)

Pojiekyra891.blogspot.com

Suria said...

nice..!
sgt bergunaaaa... amin ;)

Budak Nakal said...

entry yg sgt brguna...sma2 lah kita amalkan nyer..hehe

Lady Jaja said...

yup... sama2 kita amalkan ye... =)

Fatihah Samat said...

Insyaallah, mudah mudahan pasanganku ini lembut dan pahamkn aku... AMENN

Fatihah Samat said...

Insyaallah, mudah mudahan pasanganku ini lembut dan pahamkn aku... AMENN

nana said...

Amin,mudah-mudahan tunangku dilembutkan hatinya.

dari hati said...

huhuhu...terima ksh..moga allah makbulkan..

Anonymous said...

salam..sy nk tanye..nk kena baca semua lps tu ulang 3-7mkali ke mcm mne?

Anonymous said...

*typo...3-7 kali